Jalan² Makan² #1: Williams

Published on March 7th, 2010 at 2:56 am under Jalan-Jalan Makan-makan and visited 1586 times.

Baru balik dari Williams. Tempat makan yang boleh dikelasifikasikan sebagai gerai. Tapi bukan main ramai orang (bukan tikus besar boleh baling anjing seperti di Sri Serdang). Makanan pula lain dari yang lain. Kamu tidak akan jumpa makanan seperti di Williams dan Murni di tempat lain. Kalau jumpa pun, rasa dan harganya mungkin berlainan, banyak. Kawasannya agak tersorok, hampir paling hujung. Mahu ke sana? Rujuk Google Maps di bawah yer. Tips: kedai paling ramai orang.


View Larger Map

Bila sampai, mungkin tidak seperti apa yang kamu jangkakan. Ya, Williams hanya gerai biasa. Tapi tunggu sehingga anda baca papan hijau dan order.


Hadapan Williams


Menu. Boleh nampak jelas? Boleh baca? Jika tidak, klik imej di atas.


Air mangga / pauh / mempelam


Mandat makan Mee Raja Ayam


Safwan makan Nasi Goreng Ketam (mahu aku introduce macam Jalan-Jalan Cari Makan???)


3 kali aku tukar menu. Akhirnya aku memilih talian hayat yang terakhir, SMS dari hanip. Yang ini berbeza sedikit dari yang tertulis pada papan hijau. Spaghetti Meatball dengan 2 spesies kuah, Carbonara + Bolognese. Harga jika campur dengan air mangga = RM27. Berbaloi-baloi. Perut akan ‘besaaaaarr punyer‘ (iklan apa huh?)!


Berapa hengget kah semua ini?

Burrrppp! Cakap apa? -Alhamdulillah. Jadi, berapa rating dari penyelidik makanan professional kami, Saudara Mandat. 5 STARS! Pergh!

Oh ya, lupa. Ini kedai cina muallaf.

13 Responses to “Jalan² Makan² #1: Williams”

  1. wek wek wek!
    (speechles sbnrnye..)

  2. food hunter rupenyer! pesal nama gerai tu william yeh? mcm was-was jek huhu

  3. ni betul 1 malaysia nih.. chinese mualaf leh jual indian food .. bagus², upload la orang nak tengok gak… nasib bukn bulan puasa huhu kalau tak .. nganga je o.O

  4. been here all the time…gr8 place for empty stomach haha :D

  5. wow…terliur tgk….tp tak best la…mahal sngt…mane mampu~~~~

  6. william n murni…

    tmpt mkn terbaek time2 kebulur!!!
    arggghhh…

  7. william bukan muallaf, dia chinese dgn wife dia. yg muallaf tu adik dia. kedai mkn Murni SS2.

  8. mak datukkkk!!!!!!! TGI pun kalah hahahahhaahha

Leave a Reply